01 ·
CT SCAN
placeJabatan Radiologi, Hospital Segamat
schedule
- Puasa 6 jam sebelum pemeriksaan (jika menggunakan kontras).
- Maklumkan kepada pegawai jika ada alahan ubat, pernah mengalami reaksi kontras, sedang mengandung atau menghidap penyakit buah pinggang.
- Tanggalkan semua barang logam (rantai, jam tangan, subang, cermin mata).
- Bawa kad pengenalan, surat rujukan doktor dan keputusan pemeriksaan lama (jika ada).
- Minum air secukupnya selepas pemeriksaan.
warning
Untuk pesakit yang mempunyai sejarah alahan terhadap media kontras, ubat-ubatan, makanan, asma / hay fever atau alahan lain, sila maklumkan kepada Jabatan Radiologi Hospital Segamat.
Bagi pesakit yang telah diberikan Prednisolone sebagai persediaan pemeriksaan, sila ambil ubat mengikut masa yang telah ditetapkan.
02 ·
MRI
placeJabatan Radiologi, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
schedule
- Puasa 4 jam sebelum pemeriksaan.
- Maklumkan kepada pegawai jika mempunyai alat pacemaker, implan logam, klip aneurysm, pernah menjalani pembedahan atau ada serpihan logam dalam badan.
- Tanggalkan semua barang logam (jam tangan, rantai, subang, kad bank, telefon bimbit, alat pendengaran).
- Pakai pakaian yang longgar dan selesa. Anda mungkin perlu menukar kepada pakaian hospital.
- Bawa kad pengenalan, surat rujukan doktor dan laporan atau imbasan lama (jika ada).
- Kekal tenang dan tidak bergerak semasa pemeriksaan.